4

DUNIA MEREKA

Pintu itu menjadi tumpuan keluar masuk pelbagai jenis manusia..
Diperhatikan semua yang keluar dengan tawa riang..
Sungguh bahgia mereka yang didalam sana..
Memang seronok sangatkah dunia ciptaan manusia itu?
Mungkin pada mereka jawapannya YA..
Tapi TIDAK pada aku..
Pernah sekali menjejakkan kaki ke dunia itu..
Itulah kali pertama dan kali terakhir untuk ku..
Tempat itu bukan dunia ku..
Gelap, bising,merimaskan-perkataan yang keluar dari
kotak fikiranku..
Mungkin aku seorang yang beranggapan begitu..
Aku seorang yang jakun..
Mereka semua pula menikmati malam itu dengan sebaik-baiknya

Published with Blogger-droid v1.7.3


7

Aku Ketagihan




    OMG...!! It's Tutti Fruitti.......!!!!!
Kawan-kawan rapat aku memang tahu macamane giler nye aku dengan Tutti Frutti ni..
Hhmmmmm..Aku tak tau la kenapa aku terlalu addict dengan mende alah ni...
Tak salah nak addict dengan makanan kan..?? Lagi-lagi makanan itu NON-FAT, tersangat la bagusnya.. 
Takde la risau aku akan gemOk.. Lallala~~
Eh, cop cop.. Aku ade semput, xleh nak mkn sejuk-sejuk sangat.. Tapi ade aku kesah??
Lantak la derr, aku nak bedal gak.. Saket sendiri tanggung arr...

Start berjinak hujung tahun lepas dan lepas tu every week mesti nak mencari mende alah ni..
Cuba bayangkan, skali makan/ timbang sure jejak RM17.. 
Kalo seminggu aku makan 4 kali, hhhaaa.. Korang kira bape aku spend tiap2 bulan...
Kira banyak jugak la kan..
 Kalo bli baju kat bundle dengan amount tu, lebih 20 helai leh dapat beb..
Duit minyak sebulan pun leh lepas bai...

Setakat dua outlet kat JB ni, mereka mmg dah cam sangat muka aku..
Dah takyah nak tunjuk kad Jusco (utk dpt diskaun)
Tunjuk muka je pun leh dapat diskaun...
Terer tak?? Hahhha...

Nasib baik aku ada kawan-kawan yang sudi melayan ketagihan aku ni..
Besfren-besfren aku (si gadis bertiga) sentiasa on je kalo aku ajak diorang..
Aku ade sorang kawan nama Aji, dia pun antu TF gak..
Kami mmg partner,pastu siap berangan nak bukak outlet.. Jd Share Partner, dasar berangan lebey..!!
Geng Terlebih Muatan, pun aku yang kenalkan pada diorang.. kalo korang addict jgn slhkan saya ye..
Kakak aku sendiri.. dia pun giler TF sejibik macam adik dia..Kami se-taste
Lastly,Si Apex walaupun tak minat TF tp kalo letak marshmellow dlm TF tu pun abis gak dia telan..bweekkk..!! hahha


So, majulah Tutti Frutti..!! Saya sentiasa menyokong bisnes korang...







0

Aku dan Teman

Aku kah yang hina?
Aku kah yang jahat?
Kau kata aku lupakan kau,


Itu pandangan kau, pandangan orang luar
Pernahkan kau terfikir apa yang aku fikirkan?
Apa yang aku rasakan ?
Kau bebas meluahkan sesuka hati dan itu adalah hak kau
Tapi maksud sesuka hati tidaklah termasuk menyakitkan hati orang lain dengan hasil nukilan engkau


Maaf pernah dihulurkan walaupun tidak ku mengerti apa salahku
Aku rendahkan ego ku wahai teman tetapi tidak disambut..
Dengan alasan, engkau tiada hak..
Ku diamkan diri tetapi aku tetap disalahkan,
Aku cuba berbuat baik tetapi tidak dihiraukan,
Dituduhnya aku kawan makan kawan.


Aku memilih untuk berdiam diri
Dengan harapan semuanya akan reda,
Reda dengan sendirinya...

4

Kisah Si Samdol



CHAPTER 1 :


Macamane aku kenal Samdol? Social Network la.. Dh mmg itu tempat utk menambah kawan.. Aku approved fren request dia pun sbb tgk ramai mutual frens aku dgn dia..


1st impression?? he's an annoying person.. Aku x suke org mcm ni... So, lantak ko la kat situ nak tergolek ke hape ke, malas aku nak layan...


CHAPTER 2 :


Korang mesti familiar dengan Foursquare kan?? Hhaaa... tu la permulaan aku berbaik dgn dia... Sanggup gi cari dia, semata-mata mende alah game ni... Oit, dia siap jadi sifu tak bertauliah aku...


Gedebak-gedebuk tak lama pastu aku leh rapat dengan dia.. Nak gelak cari dia,nak ngadu nasib pun cari dia... Kami bestfren!!  Suke suke suke  =)




CHAPTER 3 :


Ok,ni last chapter.. (aku tau, korang mesti malas nak baca panjang2)


Last week, gi la hang out dengan Si Samdol. Aku kene lecture dowh dengan dia...
Bla bla tu,bla bla ni...


Dlm ati aku ckp, "pandai gak mamat ni bg nasihat kat org,aduhhhhhh..." 


Aku layankan je la,sambil tersenyum kelat..harap-harap dia tak pasan kekelatan aku tu.. Hhmmm,takde la teruk mane pun kene lecture, at least dia berjaya wat aku terdiam, tersentap & terbukak gak la mata aku ni kan..


Rupanya tu lah last aku dapat jumpa dia....







0

Terima Kasih

Thank You For Being Part of My Life... xoxo

0

Siapa Gerangan Si Pencuri

Hello hati,
Hello perasan,
Ada yang datang menyinggah eh??
Siapa gerangannya??
Hang kebun kah dia..?
Pandai membaja kah dia?
Lagaknya seperti berpengalaman bukan?..
Tidak ku kisah siapa pun dia,
Semoga ianya datang dari hati yang jujur dan ikhlas



2

aku kehilangannya...

Aku kehilanganya..

Dia yang aku anggap sahabat,
Dia tempat aku hilangkan lelah kerja,
Dia yang rajin membuat aku ketawa,
Dia juga tempat aku mengadu nasib.

Aku terasa kehilangannya..

Walaupun masih berada di alam nyata,
Walaupun berada di alam maya,
Walaupun aku masih menyimpan no telefonnya

Aku masih kehilangannya..

Aku rindukan dia yang dulu,
Aku mahukan keakraban kita yang dulu,
Aku ingin kita berkongsi cerita seperti dulu,
Aku memang rindukan kau.

Yang benar,
SAHABATMU
3

Persetankan!!



Toleh ke kiri aku salah..
Toleh ke kanan aku lemah..
Ke hadapan seperti tidak mampu melangkah..
Ingin saja aku berpaling semula ke belakang dan berundur, tapi perlukah?..


Aku ingin ke gunung, menggapai awan..
Aku ingin ke laut, berkawan dgn ikan..
Aku ingin ke hutan,ditemani dedaunan..
Tapi sayang, itu hanya khayalan..


Terasa perit seperti disebat..
Aduh,langkahku semakin lambat..
Sampai bilakah aku harus terikat?
Sesungguhnya aku telah penat





















0

Ven A Mi



Aku tetap di sini..
Hulurkan tanganmu..
Dan pasti aku akan menyambutnya
0

KHAS UNTUK KAMU



Senyumlah..
Senyumlah wahai kamu. .
Kerna hanya senyuman itu yang membuatku tenang..
Setenang aku melihat wajahmu, sebahagia ketika aku bersamamu..
Entah bila dapat ku lihat lagi wajah mu tetapi senyuman itu tetap hidup dalam diri..
Senyuman itu yang jadi pengubat lukaku.. 
Senyuman itu jugalah pembunuh dihati ini.. 
Ye,aku kalah dengan senyuman itu..


Sekiranya aku tidak lagi layak untuk membuat kamu terus tersenyum,
Berusahalah kamu untuk terus tersenyum sendiri..
Semoga senyuman itu mampu membuat kamu terus tabah dalam hidup...
Selagi aku masih di dunia, tidak putus doaku untuk kamu.. 
Insya Allah...


"thanks to someone that never fails to make me smile"
 
Copyright © SI RATU