Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts
1

ANOTHER SECRET OF ME

Kepalaku berpusing ligat memikirkan sesuatu..
Sesuatu yang gelap, hitam itu adalah pasti..

Kenapa aku harus berbuat begitu?
Adakah aku dikategorikan seorang yang terlalu mementingkan diri?
Ya,aku dah mula belajar mementingkan diri..
Terima kasih pada orang yang mengajar..

Langsung tak berhati perut ke aku ni?
Membiarkan mereka yang memerlukan aku..
Maafkan aku meninggalkan kalian..
Aku pergi mengejar kegembiraan yang aku ingini..

Semoga kalian berbahagia..
Doa & ingatan terhadap kalian tidak akan mati..
Sayang itu tetap ada dalam hati..

MAAF ATAS SEGALANYA...
Published with Blogger-droid v1.7.4
1

CERITA RAYA


Salam 6 Syawal

Raya kali ni aku beraya kat hospital,anak buah sakit.. my mom & dad nak teman cucu kesygan diorg kat hospital... we've spend dari raya ke dua smpai raya ke lima kat sana... At least aku dpt berjalan ke KL & Selangor..Takde la aku dok terperapkat JB je kan.. Yang kat atas ni hhaaa muka anak buah aku... harap tak lama lg bole discharge...

*************************************************************************************************

Dah sampai sana,otak aku ligat je la contact kawan-kawan yg tak balik kmpung... Nasib baik ade 'kawan lama' yang dok kat Bangsar sudi jadi peneman aku.. Rupanya bukan dia sorg yg jd peneman aku, dengan adik dia & cousin dia skali... First jumpe,diorg agak tkejut nmpk aku pakai tudung...huhhu.. Diorg ni sume mmg kecoh,lagi2 Si Iwan dgn gelak ala-ala kambengnye...
Memang lama sangat tak jumpe diorg, almost 5years kot...& byk sgt good news yg aku dengar dari mereka... diorg semua dah nak kawen..!! giler ah.. hahaha... Congratz to them *smile*
Dalam sibuk-sibuk jumpe diorg boleh terlupa nak snap gambar mereka...


Published with Blogger-droid v1.7.4
4

SHOOT.. POSE.. RAYA





Aku di invite oleh kawan-kawanku untuk shoot gambar raya kat studio... Dan inilah hasilnya...
Credit to : Capturepixs Studio & Snap Eye Pictures
7

SI EGO

Hello-hello,pehal la kau ni ego sangat?
Tak ke mane la dengan ego menggunung mcm tu..
Dulu aku layan kan je la..
Sekarang aku dah penat..
Maaf, kalo terasa..
Tapi itulah hakikatnya...
Kau tak rase rugi ke mengagungkan ego?
Kau tak rase kehilangan kenalan ke disebabakan ego itu?
Susah sangat ke untuk mengeluarkan perkataan maaf dari mulut comel kau?
Owh, mungkin maaf itu nak dikumpul sehingga raya tiba..
Tak mengapalah kalau begitu...
:)


0

Aku dan Teman

Aku kah yang hina?
Aku kah yang jahat?
Kau kata aku lupakan kau,


Itu pandangan kau, pandangan orang luar
Pernahkan kau terfikir apa yang aku fikirkan?
Apa yang aku rasakan ?
Kau bebas meluahkan sesuka hati dan itu adalah hak kau
Tapi maksud sesuka hati tidaklah termasuk menyakitkan hati orang lain dengan hasil nukilan engkau


Maaf pernah dihulurkan walaupun tidak ku mengerti apa salahku
Aku rendahkan ego ku wahai teman tetapi tidak disambut..
Dengan alasan, engkau tiada hak..
Ku diamkan diri tetapi aku tetap disalahkan,
Aku cuba berbuat baik tetapi tidak dihiraukan,
Dituduhnya aku kawan makan kawan.


Aku memilih untuk berdiam diri
Dengan harapan semuanya akan reda,
Reda dengan sendirinya...

4

Kisah Si Samdol



CHAPTER 1 :


Macamane aku kenal Samdol? Social Network la.. Dh mmg itu tempat utk menambah kawan.. Aku approved fren request dia pun sbb tgk ramai mutual frens aku dgn dia..


1st impression?? he's an annoying person.. Aku x suke org mcm ni... So, lantak ko la kat situ nak tergolek ke hape ke, malas aku nak layan...


CHAPTER 2 :


Korang mesti familiar dengan Foursquare kan?? Hhaaa... tu la permulaan aku berbaik dgn dia... Sanggup gi cari dia, semata-mata mende alah game ni... Oit, dia siap jadi sifu tak bertauliah aku...


Gedebak-gedebuk tak lama pastu aku leh rapat dengan dia.. Nak gelak cari dia,nak ngadu nasib pun cari dia... Kami bestfren!!  Suke suke suke  =)




CHAPTER 3 :


Ok,ni last chapter.. (aku tau, korang mesti malas nak baca panjang2)


Last week, gi la hang out dengan Si Samdol. Aku kene lecture dowh dengan dia...
Bla bla tu,bla bla ni...


Dlm ati aku ckp, "pandai gak mamat ni bg nasihat kat org,aduhhhhhh..." 


Aku layankan je la,sambil tersenyum kelat..harap-harap dia tak pasan kekelatan aku tu.. Hhmmm,takde la teruk mane pun kene lecture, at least dia berjaya wat aku terdiam, tersentap & terbukak gak la mata aku ni kan..


Rupanya tu lah last aku dapat jumpa dia....







2

aku kehilangannya...

Aku kehilanganya..

Dia yang aku anggap sahabat,
Dia tempat aku hilangkan lelah kerja,
Dia yang rajin membuat aku ketawa,
Dia juga tempat aku mengadu nasib.

Aku terasa kehilangannya..

Walaupun masih berada di alam nyata,
Walaupun berada di alam maya,
Walaupun aku masih menyimpan no telefonnya

Aku masih kehilangannya..

Aku rindukan dia yang dulu,
Aku mahukan keakraban kita yang dulu,
Aku ingin kita berkongsi cerita seperti dulu,
Aku memang rindukan kau.

Yang benar,
SAHABATMU
2

Dia kawan saya

1 of my fren addmitted at Serdang Hospital..
Tak kesempatan untuk melawatnya..
Hanya mampu berdoa semoga beliau dlm keadaan baik..
Take a good care of urself ok..
Hey,I miss u a lot fren..
3

Suprise ke..??

ALHAMDULILLAH... sume berjalan lancar.. Walaupun awal awal event ade tersekat-sekat sket coz 1st time organize party... Hope u guys enjoy k.. 
Thanks a lot to my gurls , IZZA, SYAM & RATNA.. To BEN, DAYAT, APEX, FIDO & WIFEY, YANA & FAMILY... hey, I love u guys.. seriously I do...
To BESDAY BOI, happy forever 25 k... (sori, gmbo anda separuh je pulak)


4

Seminggu sudah berlalu

 Selepas  eeerrrrr... 4 tahun(kot) tak jejak kaki ke air laut.. 
p/s : "sape suro tak pakai sunburn,kan dah kene sunblock"
 
Copyright © SI RATU